coretan ringkas

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Maaf. Entah kenapa tiba-tiba rasa macam kehilangan 'tangan' untuk menaip. Idea banyak dalam kepala, banyak yang ingin dikongsikan. Saya dah cuba tulis 3 entry berbeza, bermula dari topik "Solat", diikuti dengan "Tarbiyyah Dzatiyah" dan yang terbaru sekali "Syukur". Semuanya tersangkut dipertengahan jalan. Topik tuk solat sahaja, dah dua kali saya cuba taip, tapi masih gagal untuk disiapkan.

Hurmm. Nikmat menulis. Terasa samar-samar kehilangannya 2,3 hari ni. Tu masih belum ditarik nikmat tangan lagi tu. Baru je ditarik sedikit nikmat menulis untuk seketika, dah rasa macam tersangkut, rasa tak lengkap. Lemahnya manusia kan. Sewaktu dikecapi nikmat anugerah Tuhan, jarang-jarang sekali untuk kita bersyukur. Bila dah hilang sedikit, baru la reti nak kembali mengadu padaNya.

Astaghfirullah al'azim. Moga Allah ampuni kita di atas keterlalaian kita dalam mengingatiNya. Moga Allah ampuni saya, andai ada ketika saya gagal untuk mengikhlaskan diri ketika menulis hingga ditarik buat seketika nikmat tersebut agar saya kembali padaNya.

Jom sama-sama kita muhasabah. Siapa kita? Siapa Dia?

0 comments: