merepek
Monday, December 20, 2010 by peNer0ka keTenaNgan
Salam 'alaik
Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
Kekuatan perlu dibina sendiri,
bukannya dicari membuta tuli,
juga bukan ditunggu tanpa bakti.
Nyatanya,
cebisan ragu masih berbaki,
tersembunyi dibalik hati ini,
kadang ia sunyi, menyepi,
kadang ia kuat menggoncang isi hati.
Adakala aku lemah,
ada ketika aku rebah,
ada masa aku kalah,
ada waktu aku lelah,
kerana aku manusia biasa.
Kadang-kadang
aku lemas sendirian
Kadang-kadang
aku rimas berteman
Naik dan turun
Pasang dan surut
manusia,
sifatnya subjektif
tiada jawapan A, B, C, D
bukan 1, bukan 0 [binary code]
analog mungkin..
. . . . . . . . . . . E N D . . . . . . . . . . .
Kesimpulannya:
Manusia tetap manusia. Semalam baru je bergembira, tengok-tengok hari ni dah berduka. Sejam yang lalu berdiri tabah, tiba-tiba sekarang dah rebah.
Eh,
sekejap...
Itu kalau dilihat dari pandangan negatif. Cuba kita tukar ayat supaya ia jadi lebih positif.
Hari ini berduka, esok insya Allah bakal gembira. Sekarang terduduk rebah, sejam kemudian insya Allah kembali berdiri tabah. Berusahalah.
It is still the same thing. But the way we look at it, will define what we feel. Hope.
Maka, andai hari ini terluka, jangan dilihat hari semalam yang sempurna, tetapi lihat la hari kemudian yang insya Allah bahagia, ANDAI KITA BERUSAHA.
Hari semalam, jadikan ia sejarah sebagai rujukan hari ini.
Hari ini, manfaatkan ia sebaik mungkin untuk tuaian hari esok.
Hari esok, belum tentu sempat untuk kita perbaiki kesilapan semalam dan hari ini.
Notahati: Seperti tajuk di atas, saya memang sedang merepek. Dalam proses membina keyakinan diri dengan menulis. Ambil apa yang baik, yang buruk tu, tegur-tegur la.
walau merepek,tapi sangat terkesan..itulah hidup sebenarnya..
kuat kerana yakin masih ada harapan tuk esok hari..tingginya sebuah makna disebalik HOPE..
~semoga istiqamah asmaa'~