saya dan sahabat

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Satu masa dahulu, ketika saya jauh dari Allah, Dia datangkan saya sahabat yang memahami, yang menerima diri ini seadanya. Bukan seorang, tapi ramai. Dari situ, sikit demi sikit, melalui mereka, saya mula mengerti. Sungguh, Allah sayangkan saya.

Kebahagian, ketenangan, kegembiraan, mula memasuki ruang hati yang dahulu tak pernah lekang dari perasaan gelisah. Gelisah dengan dosa, risau andai terbuka hijab dosa itu dipandangan umum.

Saya mula belajar untuk berubah. Diri yang mula-mula berubah kerana perasaan malu pada sahabat, lama-lama mengerti bahawa ikhlas itu lebih utama. Bermula dari kosong, saya cuba membina diri.

Kini, Allah uji saya dengan masalah dalam persahabatan. Bukan kerana mereka tak memahami, bukan juga kerana mereka gagal menerima siapa saya. Tetapi, kerana saya la yang sukar untuk mengerti diri mereka.

Ada saja yang tak kena. Ada saja yang terasa. Gara-gara sifat semulajadi saya yang lebih ke arah intrapersonal berbanding interpersonal. Saya lebih banyak memikirkan perihal diri saya berbanding perasaan mereka. Saya gagal untuk menyeimbangkan kelemahan dan kelebihan diri saya.

Saya tahu, saya perlu berubah. Saya usaha untuk berubah. Namun, semakin saya cuba perbaiki hubungan saya dengan sahabat-sahabat, seperti semakin ramai pula yang terasa hati.

Kadang-kadang hadir hasutan iblis agar saya kembali jadi seperti saya yang dulu, yang tak pernah kesah apa orang kata, yang tak pernah kesah dengan perasaan manusia lain. Umpamanya, "lantak kau la kalau kau nak terasa pun, hati kau yang sakit, bukannya hati aku". Nauzubillahi min zalik.

Allah uji saya dengan masalah persahabatan ni, sekarang. Bukannya 5 tahun yang lalu. 5 tahun lalu, zaman kemuncak kejahilan saya. Sangat-sangat hampeh di zaman itu. Ketika itu juga, alhamdulillah, bermulanya fasa perubahan, fasa perjalanan mencari cintaNya yang Maha Esa.

Sewaktu saya lemah, Allah kuatkan saya dengan menghadiahkan saya sahabat yang tabah hatinya. Sekarang, selepas sedikit demi sedikit tembok kejahilan diruntuhkan, Allah anugerahkan saya sahabat yang lembut hatinya. Supaya saya belajar untuk kuat tanpa mengharap kekuatan dari manusia lain.

Dulu, Allah kuatkan saya dengan menganugerahkan saya sahabat yang sejiwa. Sekarang, Allah mahu saya lagi kuat, maka dianugerahkan saya sahabat yang berbeza sifat.

Dulu, saya kuat kerana ada sahabat yang menguatkan. Sekarang, saya perlu kuat kerana ada sahabat yang perlu saya kuatkan.

Masalah yang timbul bukan tanda benci, tetapi tanda betapa kasihnya Dia terhadap hambaNya. Allah memberi mengikut apa yang kita perlukan bukan apa yang kita harapkan. Kerana Dia lebih mengerti yang mana yang terbaik buat hambaNya.

Be grateful. Alhamdulillah.

Masalah yang hadir bukan untuk merosakkan diri, tetapi untuk menguatkan diri melalui proses pembelajaran disepanjang usaha kita untuk meleraikan simpulan tali permasalahan tersebut.

Mereka anugerah dari Allah buat saya. Yang lama, yang baru. Yang tabah, yang lembut. Allah kuatkan saya melalui mereka. Cara berbeza, tapi, matlamatnya tetap sama. Terima kasih.



Nota hati: Manusia yang bagaimana agaknya ya yang akan saya ketemu pada masa hadapan? Bagaimana agaknya melalui mereka saya bisa perbaiki diri?

0 comments: