doa

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Doa merupakan senjata terhebat orang Islam. Saya rasa ramai yang tahu tentang itu. Tapi, berapa ramai yang benar-benar yakin, dan melaksanakannya tanpa rasa ragu?

Apa buktinya kita yakin dengan doa kita? Adakah dengan mengamalkan sikap, 'tunggu dan lihat' berbanding 'buat dan sabar'? Jom recheck sejauh mana kita yakin dengan kuasa doa.

Sebelum tu, mari bercerita =)

Tersebutlah kisah, dalam satu kampung, ada 2 orang petani. Kerja mereka memang bercucuk tanam tiap-tiap hari dan hasil tanaman mereka akan dijual di pasar. Sumber air bagi tanaman mereka datang daripada telaga yang terletak di tengah-tengah kampung tersebut.

Nak dijadikan cerita, dah berbulan-bulan hujan tak turun kat kawasan mereka tu. Perigi pun makin lama makin kering. Kedua-dua petani ni mula risau. Kalau hujan tak turun gak dalam 2,3 hari ni, jawabnya terpaksa la mereka mengikat perut menahan lapar.

Mereka cuba sedaya-upaya untuk jimatkan air. Tapi last-last, kering gak perigi tu tanpa meninggalkan setitik pun air. Kesian, kesian..

Setiap hari mereka berdoa bersungguh-sungguh di rumah masing-masing dengan harapan agar hujan turun membasahi tanah mereka disamping memenuhi kembali telaga yang kering kontang.

Namun, selepas setiap kali berdoa, hanya seorang petani sahaja yang keluar rumah untuk menyiapkan tanah sebagai persediaan menerima hujan manakala petani kedua cuma duduk menunggu di beranda rumah dengan kepala sentiasa mendongak ke langit terusan berharap agar hujan turun.

Cerita tamat..

Okey, petani mana yang agak-agaknya benar-benar yakin dengan doa mereka? Dan rasa-rasanya la kan, dekat tanah siapa yang Tuhan lebih mahu turunkan hujan?

Anda tahukan jawapannya. Sambungan tuk cerita tersebut, sila fikir sendiri. Take time to pray, it is the greatest power on earth. Take time to think, it is the source of power..

Berharap sahaja tak cukup, kita kena yakin. Tunggu dan lihat sahaja tak jadi, kita perlu buat dan sabar. Tindakan itu penting.

Anda nak berjaya dalam pelajaran, anda berdoa agar anda berjaya dapat 11A+ dalam SPM. Tapi adakah anda betul-betul belajar dengan tekun untuk mendapatkannya?

Anda nak bekerja dengan syarikat yang gah-gah, anda berdoa agar anda dapat kerja yang gajinya mencecah puluhan ribu. Tapi adakah anda benar-benar rajin bekerja dengan penuh proaktif?

Allah takkan bagi kalau kita tak mampu nak menerimanya. Kalau betul-betul nak kejayaan, doa mintak dengan Allah, dan usaha persiapkan diri untuk menerima kejayaan yang Allah akan bagi.

Bila apa yang kita minta kita tak dapat, ketahuilah, bukannya kerana doa kita tidak diterima, tetapi mungkin kerana kita sendiri ketika itu masih belum bersedia untuk menerimanya.

Kita meminta agar dikurniakan anak yang soleh, penyejuk mata ibu dan ayah, namun adakah kita sendiri sudah berusaha menjadi anak yang soleh kepada kedua ibubapa kita?

Bagi saya, usaha dan doa itu adalah sebahagian daripada tawakkal. Kerana itu, usaha dan doa perlu seiring, barula boleh dikatakan tawakkal. Usaha tanpa doa, angkuh orang kata. Doa tanpa usaha, sia-sia la jawabnya.

"...Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
[QS 065:002-003]



notahati: Saya menulis bukan kerana saya yakin dengan diri sendiri. Bahkan sebaliknya. Saya menulis untuk membina keyakinan diri. Apabila saya menulis, itu bukan bermakna saya berkeyakinan tinggi, tetapi itu adalah usaha saya untuk membina keyakinan diri.

0 comments: