gaduh-gaduh sayang?
Monday, December 13, 2010 by peNer0ka keTenaNgan
Salam 'alaik
Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
Peringatan: Ini merupakan satu entry bebas yang berlatar belakangkan tentang saya dan mereka yang terlibat. Maka, sesiapa yang tak berminat untuk membaca kisah berkenaan orang lain, anda boleh la skip entry ini. Lagipun, ia bukanlah satu entry yang menarik untuk dibaca. Sekian, terima kaseh~ ^^
Saya manusia. Kadang tabah, kadang rebah. Tetapi air mata saya umpama mutiara yang tersimpan rapi. Jarang-jarang sekali boleh dilihat orang. Bukan sebab saya kuat, tapi sebab, kalau boleh, saya taknak kerana kesedihan saya, ada manusia lain yang turut bersedih. Selagi bisa untuk saya terus tersenyum dan bergembira, saya akan lakukan ia.
Saya tak sempurna. Saya tahu semua orang tahu tentang itu. Ada masa saya mampu untuk kuatkan diri, tapi ada masa saya gagal untuk terus berdiri. Ada orang kata saya takde perasaan. Saya manusia, bukan robot. Selalu sahaja hati saya tercarik dek perangai manusia lain yang sama tak sempurna seperti saya. Tapi saya lebih suka untuk segera menjahit luka tersebut agar saya mampu untuk terus tersenyum.
Saya juga ada perasaan sayang walau jarang dilafazkan secara lisan. Kerana saya mahu lafaz itu menjadi lafaz yang sangat berharga, bukan hanya kata-kata yang bermain di bibir saban masa. Saya usaha untuk buktikan ia dengan perbuatan. Namun kadang-kadang saya gagal. Saya kalah dengan ego saya sendiri.
Saya cuba untuk kuat. Saya cuba untuk segera mengubati luka di hati. Selalunya sekejap sahaja masa yang saya perlukan untuk kembali ke keadaan sedia kala bila berdepan dengan masalah hubungan dengan manusia.
Tapi kali ni macam susah siket. Dah 2,3 hari berlalu. Makin lama makin sakit, bukannya makin baik. Entah kat mana silapnya. Mungkin kali ni ialah kemuncak kepada permasalahan ini. Dah banyak kali berulang perkara ni, tapi kali ni macam kritikal sangat.
. . .
Kepada anda yang berkenaan, yang rasa dirinya ada kaitan, saya mintak maaf banyak-banyak. Saya rasa banyak sangat salah faham antara kita. Awak faham cara awak, saya faham cara saya. Mungkin salah saya sebab selalu paksa awak untuk ikut cara saya. Salah saya juga kerana tindakan saya yang 'menolak' untuk berkongsi cerita tentang hati dan perasaan dengan awak menyebabkan awak bengang sangat dengan saya sampai sanggup declare World War 3 dengan saya.
Saya menolak untuk berkongsi bukan sebab saya tak suka, tapi sebab saya rasa ia tak membawa ke mana-mana. Cuba awak kira, dah berapa kali kita buat sesi heart-to-heart, tapi masalah yang sama tetap timbul? Mungkin kita perlukan cara lain untuk selesaikan persengketaan antara kita. Dari segi tindakan pula mungkin, berbanding kata-kata? Entahla, saya pun tak tau.
Saya sayang awak sangat. Tolong la yakin, tolong jangan fikir bukan-bukan. Awak memang bukan mereka. Awak dengan mereka memang tak sama. Dan saya memang tak pernah berminat untuk bandingkan awak dengan mereka. Awak tetap awak. Jadi diri awak, tak payah jadi mereka. Saya sayang awak sebagai awak sebagaimana saya sayang mereka sebagai mereka.
salam..
[Comment ini comment seorang budak yang matang. *harap maklum* ^^]
Aduh, parak ni..
haishh, lepas satu 'ok' [konon la], 1 lg lak x ok..
Mmg la Allah sgt sayangkan akak. Lepas sorang, sorang Dia datangkan. Aiseh! :)
Tp mgkn juga ada BENDA yg Dia nak tegur n didik.
i like dis statement.
'Salah saya juga kerana tindakan saya yang 'menolak' untuk berkongsi cerita tentang hati dan perasaan dengan awak menyebabkan awak bengang sangat dengan saya sampai sanggup declare World War 3 dengan saya.'..
Sy nak cetuskan world war 4 lar ngn akak! he3.. Bole?
[Lepas bc entry nih, huh deep inside my heart....................] Ades!
banyakkan berdoa agar dia tahu dan faham apa yang berlaku,semuanya ada hikmah kan??
memang dugaan dalam bersahabat,pasti diuji,iyya..tidak boleh sesekali dibandingkan mana2 sahabat,mereka tetap mereka,awak tetap awak,masing2 ada kelebihan dan kelemahan sendiri,kerana disitulah hadirnya aliran cinta ukhhuwwah Fillah..
p/s:semoga baik2 sahaja..