apa yg sy ingin jadi
Sunday, July 18, 2010 by peNer0ka keTenaNgan
Salam 'alaik
"Women impure for men impure, and men impure for women impure and women of purity are for men of purity, and men of purity are for women of purity: these are not affected by what people say: for them there is forgiveness, and a provision honorable."
Jika saya ingin lelaki yang soleh sebagai pasangan hidup saya, maka saya perlu menjadi seorang wanita solehah terlebih dahulu. Seandainya saya mahukan seorang suami yang bangun bertahajjud memohon ampun pada Allah di malam hari, maka saya harus terlebih dahulu melakukannya. Saya harus terlebih dahulu bermujahadah melawan nafsu tidur untuk bangun menghadap yang Maha Esa.
Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
"Hari ini saya dapat sesuatu. Yakinlah dengan janji-janji Allah dengan kefahaman hakiki, bukannya membuta tuli. Maka, apa yang kelihatan seperti kelemahan dan kekurangan kita akan menjadi sesuatu yang amat menguntungkan kita. -Teladan dari sejarah Perjanjian Hudaibiah-"
Ini antara status saya dalam facebook. Saya menulis bukan supaya manusia kagum. Bukan juga untuk perhiasan semata-mata. Saya menulis sebagai peringatan untuk diri sendiri. Saya 'meng-umumkan' penulisan saya kerana saya mahu awak, yang membaca, menegur saya seandainya tingkah laku saya tidak selari dengan tulisan saya. Kerana saya seorang yang pelupa.
Saya masih belajar, masih dalam proses untuk berubah. Ada masa saya terlupa apa yang saya 'inginkan' sebenarnya. Oleh itu, saya sangat-sangat perlukan teguran dan peringatan atau sekurang-kurangnya awak mendoakan saya supaya tidak lupa apabila awak lihat saya dalam keadaan 'terlupa'.
Antara janji Allah yang saya cuba untuk faham dan letak di hati ialah, firmanNya di dalam Surah An-Nur, ayat ke 26.
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."
Jika saya ingin lelaki yang soleh sebagai pasangan hidup saya, maka saya perlu menjadi seorang wanita solehah terlebih dahulu. Seandainya saya mahukan seorang suami yang bangun bertahajjud memohon ampun pada Allah di malam hari, maka saya harus terlebih dahulu melakukannya. Saya harus terlebih dahulu bermujahadah melawan nafsu tidur untuk bangun menghadap yang Maha Esa.
Kenapa awak tersenyum? Gatalkah saya sekiranya bercerita perihal rumah tangga? Saya cuma ingin merancang mulai sekarang. Mungkin ada orang kata, "belajar la dulu, takyah fikir lagi pasal kahwin-kahwin ni", tapi bagi saya tidak. Saya perlu fikirkan ia dari sekarang. Kerana keluarga yang saya ingin bina ialah 'baitul muslim'. Ia tak mungkin boleh dibina dengan teguh dan gah sekiranya asas tapaknya tidak kukuh.
Saya perlu merancang. Dan tak semestinya bila saya merancang sekarang, bermakna saya dah nak kahwin. Tidak. Bila saya muhasabah kahidupan saya, saya tahu, saya masih belum mampu untuk miliki suami idaman saya. Kerana apa? Kerana saya sendiri masih belum cukup 'sempurna' untuk 'dia'. Saya cuma merancang supaya saya nampak apa yang perlu saya lakukan sebagai persediaan membina baitul muslim.
Alhamdulillah, Allah susun, kakak saya dah 2 orang yang kahwin. Kehidupan mereka selepas kahwin saya jadikan role model. Saya tengok dan fikir. Dan saya tahu, masa yang betul-betul ada untuk saya berbakti kepada ibubapa sekarang adalah SEKARANG. Saya cuba untuk usaha, untuk berbakti kepada ibubapa saya. Tapi setakar ni, saya masih lagi kecewa dengan diri saya sendiri. Saya masih lagi tak mampu untuk memberi yang terbaik untuk mak ayah saya setakat ini. Doakan moga Allah bagi saya dan awak kekuatan untuk menjadi anak yang soleh.