geram sih

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Oh, tiba-tiba saya kepanasan. Apa perlu saya buat supaya mereka faham dan mengerti, sesungguhnya saya amat memerlukan mereka untuk menutup mulut, mendiamkan diri. Belum puas lagikah bergosip selama 2 tahun? Kenapa masih mahu menambah dosa dalam keadaan Allah sudah menjauhkan jalan ke arah dosa tersebut? Saya sangat-sangat tidak faham.

Selama 2 tahun, saya "wat dono" je, buat tak tahu, buat tak endah. Sebab saya ingat mereka akan senyap bila saya dan mereka sama-sama dah tamat, dah tak jumpa. Tapi rupa-rupanya tidak. Makin hangat. Memang betul la, lelaki sebenarnya lagi kuat bergosip daripada perempuan. Habis satu Malaysia mereka jaja cerita yang terang lagi nyata kepalsuannya. Sampai ke Sabah mereka jaja. Sehingga saya yang tak tahu apa-apa terpinga-pinga bila 'diserang'.

Sudah-sudah la tu kamu menjaja cerita yang memang tak laku. Tak baik tau. Kamu sangat-sangat menyusahkan saya, dan kamu sebenarnya juga 'memurahkan' dia. Saya dah cakap dengan terang lagi nyata, saya tak suka apa yang kamu buat. Kamu tak faham-faham lagi ke? Dah-dah la tu. Saya letih. LETIH. Bagi la saya rehat.

Ye, saya perlu bersabar. Allah tengah uji saya. Moga saya mampu lepasi ujian ini dengan sebaik mungkin. Sejujurnya, saya tak pernah kesah apa yang orang nak kata pasal saya. Tapi kali ini saya sangat-sangat kesah, bila cerita mereka mengganggu hidup saya, masa depan saya. Mak saya pun terkejut bila tiba-tiba 'diserang' tentang persoalan yang tak pernah dia terfikir. Apakah maknanya itu?

Sebelum ni, bila saya 'diserang', saya cuba jelaskan sebaik mungkin. Dan Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tapi, disaat cerita-cerita itu saya berjaya hilangkan dari fikiran saya, hadir manusia lain yang 'menyerang' saya. Dan kali ini, serangan mereka lebih hebat. Kalau dulu, ayat 'bunga-bunga', sekarang ayat direct to the point. Saya sangat geram. Kamu nak saya guna bahasa apa baru kamu faham?

Nampak gayanya saya masih belum cukup kebal kerana masih boleh di buat bahan 'mainan' oleh mereka-mereka. Asmaa', you have to become stronger, so that no one ever dare to play with your life. Auuummmmmm!! Ya, saya mula menjadi singa. Jadi, berhati-hati la anda supaya tidak 'digigit' saya.

4 comments:

    Mulut mnusia mmg mcm 2... Sapi bila pun x leh nak tutup.. Slagi dorg larat, dorg akn bcakap.. dah penat esok2, bhenti la 2..
    Doa je Allah gerakkan hati diorg utk bhenti bergosip tntng?? ah, abaikan..
    SABAR~ Bukan sabar sj, SABAR bersama TINDAKAN..
    Insyaallah, Allah will assist u! =)


    Adeh.tkutnya! kak asmaa' jd singa.. adeh!
    bahaya.. nmpaknya x leh dekat2 dah la.. huh! tatot2... kena duk jauh2.. ;p

     

    *sampai

     

    tindakan yg mcm mna tu rabia??dh blurr dh skang ni,x tau nk wat cmne..smuanya x jdi...prancanganny pasni nk g report kt en rosdi..tp,dorang ni smua dh 'expired',cmne en rosdi nk tegur ek..kompius...

     

    tndakan thadap suma yg tlibat dgn gosip 2.. baik yg buat gosip, yg dgr gosip, yg sebar gosip.. gosip ni dah dktegorikn sbg fitnah.. org ygmm buat fitnah itu sdiri dilaknt Allah, rujuk surah Al-Lahab...

    kalo yg dgr gosip, xplain kt diorg keadaan yg sbenar..

    kalo yg buat n sebar 2, pndai2 la nk wat pe.. heeee~~ or tnya yg lebih arif.. insyaallah..



    Kalo yg buat tu prempuan, g la slow talk dgn dia..

    kalo laki?? hurm.. Better tnya pcik rosdi.. Insyaallah, plan nk g gtau dia 2 bgus.. Even, org tu dah x de kat kolej, tp kan bole jd pengajaran pd adik2..

    Insyaallah, apa yg terlintas nk buat tu slagi ia baik, teruskan..
    moga Allah mudahkan urusan!