.:M.A.S.I.R:.
Thursday, July 8, 2010 by peNer0ka keTenaNgan
Salam 'alaik
Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
Selesai sudah Minggu Silaturrahim (MASIR) bagi menyambut pelajar-pelajar baru KTD yang bakal memegang bendera Tarbiyah dan Dakwah tidak lama lagi insya Allah. Majlis Perasmian Penutup yang baru sahaja berlalu sebentar tadi dirasmikan oleh YB Dato' Nik Muhammad Amar Nik Abdullah selaku Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan. Alhamdulillah.
Alhamdulillah, hati ini dilimpahkan dengan perasaan sayang oleh yang Maha Penyayang kepada adik-adik siswi. Sangat-sangat sayangkan mereka meskipun ramai yang aku tak kenal daripada kenal. Kebanyakan yang kenal pun, kenal muka sahaja tapi tak ingat nama. Maafkan diri ini yang serba lemah. Namun, sungguh, perasaan sayang itu ada di dalam hati ini.
Aku sangat-sangat mengharapkan, moga adik-adik semua dapat merasai apa yang aku rasa, apa yang aku dapat, apa yang Allah anugerahkan kepadaku sepanjang aku berada di KTD. Sungguh, bumi inilah yang Allah kenalkan aku dengan Tarbiyah dan Dakwah. Kerana itu, aku tak pernah segan mengaku bahawa KTD adalah Kolej Tarbiyah dan Dakwah. Kamu perlu berada di sini baru kamu dapat rasai apa yang kami rasa.
Puncak kegembiraan di hatiku adalah apabila melihat mereka sungguh supportive. Semua pelajar baru siswi dibahagikan kepada 5 kumpulan. Dan sepanjang 3 hari program induksi gabungan intake 1, 2, dan 3 berlangsung, tedapat beberapa pertandingan antara kumpulan diadakan. Antaranya, Mega Explorace, Kuiz Matematik, Pertandingan Tilawah dan Hafazan Quran, dan Malam Kebudayaan.
Sepanjang pertandingan berlangsung, aku dapat lihat sifat sesetengah mereka yang sangat supportive. Walapun kumpulan berbeza, mereka masih mengamalkan sikap tolong-menolong. Paling mengharukan aku, ketika pertandingan berlangsung pun, mereka masih boleh sokong-menyokong antara satu sama lain.
Masih segar diingatan, ketika Malam Kebudayaan, ada satu kumpulan yang membuat persembahan nasyid. Allah izin, vokalis kumpulan tersebut terlupa lirik nasyid yang didendangkan. Lebih menyedihkan, apabila part yang dia lupa adalah part solo. So, tiada back-up suara latar ahli kumpulan. Yang mengejutkan aku apabila para penonton yang terdiri dari ahli kumpulan lain bertindak menyanyikan nasyid itu bersama-sama untuk membantu vokalis tersebut. Masya Allah.
Melihat mereka, aku terasa tenang. Kerana aku yakin, diantara sesetengah mereka sudah wujud ikatan ukhwah fillah yang sebenar. Alhamdulillah. Inilah bakal-bakal pendokong gerakan Tarbiyah dan Dakwah di KTD. Sangat-sangat terasa sedih untuk meninggalkan KTD, tapi langkah perjuangan perlu diteruskan. Hajat sangat doa dari sahabiah sekalian. Moga Allah redha.