Kajian Tarbawi
Monday, July 19, 2010 by peNer0ka keTenaNgan
Salam 'alaik
Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
Kajian Tarbawi (KT) merupakan halaqah mingguan yang dikendalikan oleh Pengurus Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Teknologi Darulnaim (KTD), Encik Rosdi Bin Baharom untuk semua pelajar KTD yang berminat. Alhamdulillah, sambutan yang diberikan amat baik tertutama sekali pelajar siswi.
Saya seronok menghadiri KT walaupun kadangkala 'termengantuk' sewaktu Encik Rosdi membuat penyampaian. Ada je pelajar lain yang tersengguk-sengguk kemengantukan. Kadang-kadang sahabat disebalah saya sendiri tertidur. Bukan kerana penyampaian Encik Rosdi membosankan, tapi kerana keletihan. Maklumlah, pukul 5 petang, hari Isnin pulak tu. Ramai la yang letih, lebih-lebih lagi bila bahang Ramadhan kian terasa.
Tapi saya kagum dengan mereka. Walaupun ada yang tak cukup tidur, mengantuk, banyak assignment, masih sanggup hadir ke majlis ilmu ini. Padahal bukan diwajibkan pun. Bebas. Taknak datang pun takpe. Tapi, mungkin kerana mereka mahu hati mereka sentiasa diberi makan, mereka hadirkan diri juga. Alhamdulillah. Moga Allah beri mereka kekuatan.
Tadi, Encik Rosdi huraikan satu ayat al-Quran. Satu je. Tak banyak pun. Tersentak hati ini bila mendengar huraian Encik Rosdi. Risau. Adakah iman di hati ini adalah iman yang sebenar-benar iman? Atau hanya seperti barangan kemas Zhulian, yang dicelup dengan emas diluarannya sahaja, tapi di dalam tidak.
Surah al-Anfaal; Ayat 2
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
"The believers are only those who, when Allah is mentioned, their hearts become fearful, and when His verses are recited to them, it increases them in faith; and upon their Lord they rely."
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah."
Adakah hati saya gentar bila mendengar nama Allah dan sifat-sifatNya? Saya rasa tidak. Kadang-kadang tu seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Langsung tidak masuk ke hati. Bila menyebut nama Allah, fikiran jauh melayang ke lain. Hanya sekadar dibibir sahaja. Jadi, apa khabar iman saya sebenarnya? Sangat-sangat jauh dari kesempurnaan iman. Ya Allah, ampunilah kami di atas kelalaian dan kelemahan diri kami ini. Sama-sama la kita muhasabah.