jom kita 'belajar'

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Merajuk. Terasa hati. Cemburu. Akhir-akhir ni saya selalu dengar perkataan ni bila mereka bercerita tentang persahabatan. Bila mereka tanya pendapat saya, saya tak tahu macam mana nak bagi tahu. Kepada yang merajuk atau yang dirajuk, yang terasa hati atau yang dirasa hati, yang cemburu atau yang dicemburui. Sebab saya susah untuk faham. Ya, saya pun pernah mengalaminya, tapi saya sendiri tak berapa pandai nak kendalikannya.

Apa yang saya pernah alami? Awak merajuk dengan sikap saya, awak terasa hati dengan 'ketidak kesahan' saya, awak cemburu keakraban saya dengan orang lain dan macam-macam lagi yang seangkatan dengannya. Mula-mula saya buat tak tahu je. Sebab kebiasaannya awak tak cakap pun awak merajuk atau terasa hati atau cemburu. Kalau saya tanya pun awak akan cakap tak. Tapi tindakan awak, gaya awak bercakap, kata-kata sinis awak, menyebabkan saya dapat faham apa yang ada di hati awak. Bukan nak buruk sangka, tapi cuba untuk memahami.

Lama-lama, bila dah makin selalu, makin kerap, makin banyak, saya pun jadi makin bosan. Mula la bengang. Elok-elok saya buat-buat tak kesah, saya jadi sangat-sangat kesah. Sebelum ni saya sabar je, lama-lama saya 'hilang' sabar. Rasa nak marah. Alhamdulillah la tak sampai tahap benci kat awak lagi. Hidup saya yang sebelum ni aman je, hilang keamanannya. Rasa serabut mula menguasai diri. Sedikit sebanyak ia mula terzahir dalam bentuk sikap saya terhadap awak. Maaf ek.

Allah izin, satu hari tu saya diberi peluang dan kesempatan untuk berfikir sambil berzikir. Saya recheck diri saya. Allah hadirkan ramai sahabat yang jenis lembut hati dalam hidup saya. Ramai. Jadi, ada sesuatu yang Allah nak saya belajar dari situ. Saya mula belajar sikit-sikit untuk menerima awak seadanya. Berlapang dada dengan sikap awak. Sebab saya tahu dan yakin, Allah cipta kita memang berbeza-beza. Kalau saya tak boleh terima sikap awak seadanya, macam mana awak nak terima sikap saya. Saya mula belajar erti sabar.

Kini, perasaan aman tu kembali hadir. Tak serabut-serabut dah. Awak buat la apa pun, insya Allah saya mampu untuk sabar. Cuma kadang-kadang tu time bad mood, paham-paham la sendiri ek. Dan, yang paling saya suka sekali, saya dapat rasa yang saya makin sayangkan awak insya Allah kerana Allah. Alhamdulillah, saya rasa gembira sangat.

Kenapa sebelum ni saya bengang bila awak mula merajuk, terasa hati atau cemburu? Sebab selama ni saya sibuk fikir itu salah awak je. Saya fikir awak salah sepenuhnya. Saya jadi bengang bila awak ulang 'kesilapan' yang sama banyak kali. Rupa-rupanya saya juga salah. Bila saya tengok diri saya, saya tahu, untuk baiki kesilapan itu bukan semudah berkata-kata. Saya mula mampu menerima, mampu berlapang dada. Alhamdulillah.

Kesimpulannya, kita sama-sama serba kekurangan. Sebab itu Allah hadirkan awak dalam hidup saya dan saya dalam hidup awak. Supaya kita sama-sama dapat belajar. Bukan awak seorang dan bukan saya seorang. Kita sama-sama. Bezanya cuma, mereka yang beruntung adalah mereka yang sudi untuk belajar, bukannya mereka yang angkuh dan merasa tidak perlu untuk 'belajar' kerana sudah 'betul'.

1 comments:

    salam..kawan mmg camtu..ade org kate,, kite slalu akan gado esp ngan kawan yg sgt rapat ngan kite..sbb ni sume keje syaitan,,cuba nak putuskan hubngan mulia yg terjalin krna allah..smoge same2 dapat pelihara hubungan persahabatan tu..