kultum (2)

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Saya ingin menulis dan saya perlu menulis. Cuma kadang-kadang saya tak reti nak tulis. Idea dalam kepala banyak, tapi saya tak pandai nak terjemahkan ia dalam bentuk tulisan. Awak faham ke apa yang saya tulis selama ini? Maafla kalau awak tak faham. Kakak saya cakap ayat bahasa melayu saya macam keling. Tunggang terbalik tatabahasa. Mungkin la kot. Saya pun tak tahu.

Kali ni saya nak sambung cerita kultum yang sebelum ni. Hari tu saya dah cerita satu kisah yang saya dapat dari kultum yang disampaikan oleh Fatimah Hanisah. Kali ni saya nak cerita satu kisah yang disampaikan oleh Nabila Azman. Kisah ini berlaku pada zaman dahulu kala. Kesahihan kisah ini tidak dapat dikenal pasti. Mungkin sama taraf dengan hikayat kot. Wallahu a'alam.

Ada sorang hamba Allah ni tinggal di sebuah kampung bersama 3 orang anaknya yang masih kecil. Umur anak dia dalam linkungan 6 hingga 8 tahun kot. Di kampung tersebut terdapat sekumpulan samseng/penyangak/mafia/penyamun atau yang seangkatan dengannya la. Sesiapa sahaja terserempak dengan geng tersebut pasti akan dibunuh. Tak kira la tua ke, muda ke, kanak-kanak ke, perempuan ke, semua mereka bunuh. Kerana itu, semua penduduk kampung tak berani keluar dari rumah termasukla hamba Allah yang tadi tu.

Suatu hari, ketiga-tiga anak si fulan ni teringin sangat nak keluar jalan-jalan kat luar rumah. Maklum la, dah lama terperap dalam rumah, mestila bosan. Kanak-kanak pulak tu, mana la reti nak duduk diam. Si anak ni pun merengek-rengek la memujuk ayahnya untuk keluar bersiar-siar tengok pemandangan alam ciptaanNya. "Ayah, ayah, kami teringin sangat nak keluar. Boleh tak ayah bawak kami jalan-jalan kat luar? Dah lama sangat kami tak tengok langit, awan, pokok, pantai dan kulit kerang.", rengek si anak sambil tersenyum. Di raut wajah mereka kelihatan harapan yang menggunung tinggi.

Hati ayah mana yang tak tersentuh dengan pujukan si kecil, lebih-lebih lagi bila melihat wajah mereka yang tak berdosa yang penuh dengan cahaya pengharapan. Lantas si ayah bersetuju untuk membawa anak-anaknya keluar walau dalam hatinya terselit secebis kebimbangan. Demi anak tersayang. Seusai bersiap untuk keluar, si ayah membawa anak-anaknya melangkah keluar dengan bacaan basmalah. Hati si ayah, dipenuhi dengan doa bertawakkal padaNya.

Si anak melompat kegembiraan pabila kaki mereka menyentuh tanah, mata melihat langit, pipi merasa sapaan angin, hidung menghidu haruman bunga bawaan udara, Subhanallah. Gembiranya mereka tak terkata. Bergurau senda. Kebahagiaan terserlah di wajah mereka. Si ayah tersenyum melihat anak-anaknya. Masya Allah, hatinya riang gembira.

Dalam keriangan, dari kejauhan si ayah ternampak kelibat para penyamun. Melihat kegembiraan di wajah anaknya, apa mungkin dia mahu meragut kegembiraan itu dengan memaksa anaknya pulang ke rumah. Si ayah tidak mampu untuk mengecewakan anaknya. Mereka meneruskan jua perjalanan walau si ayah sedia mengerti, bahawa bahaya menunggu di hadapan.

Langkah demi langkah, mereka semakin hampir dengan penyamun. Si anak mula merasa bahang bahaya. Mulanya bising kegembiraan, kini terkedu senyap ketakutan. Si ayah menyepikan diri. Para penyamun mula mengelilingi keluarga tersebut. Ketua penyamun bangkit berdiri di hadapan si ayah.

Tanpa sebarang suara, si ketua mengeluarkan pedangnya dari sampul dan terus memenggal si anak yang pertama. Tubuh si anak terkulai layu, rebah di hadapan si ayah. Si ayah cuma tersenyum dan melihat ke langit tanpa setitis air matapun mengalir. Anaknya yang lain kehairanan lalu berkata, "Ayah, seorang anakmu sudah dibunuh, dipenggal dihadapanmu. Takkan ayah cuma mampu untuk tersenyum sahaja? Lakukanlah sesuatu wahai ayahku. Sesungguhnya kami takut.", namun si ayah terus menyepikan diri.

Sekali lagi si ketua penyamun menghayun pedangnya. Kali ini si anak yang kedua menjadi mangsa. Tubuhnya terkulai layu di hadapan si ayah. Si ayah masih lagi melakukan perkara yang sama. Dia tersenyum dan menjatuhkan pandangannya ke langit tanpa setitis air mata. Si anak yang terakhir ketakutan. "Ayah, kasihani la anakmu ini. Lakukanla sesuatu. Sudah dua orang anakmu mati, kenapa ayah masih mampu tersenyum? Tidakkah ayah merasa sedih?", rintih si anak memohon belas kasihan dari si ayah. Para penyamun semuanya senyap, tidak berkata-kata. Mereka juga kehairanan dengan sikap si ayah.

Setelah lama mendiamkan diri, si ayah tiba-tiba bersuara, "Anakku sayang, sungguh ayah juga merasa sedih. Tapi ayah yakin dengan janji-janji Allah. Ayah melihat ke langit kerana ayah yakin Allah ada sedang melihat kita di sini. Sesungguhnya adikmu itu, pasti ganjaran syurga milik mereka. Maka, janganla kau bersedih." Sejurus tamat si ayah berkata-kata, tanpa bersuara si ketua penyamun dan angkatannya serta-merta merebahkan diri sujud memperhambakan di pada Allah yang Maha Esa. Secebis keinsafan mula menyelinap dalam jiwa mereka. Hati mereka disentuh dengan ketabahan si ayah. Masya Allah.

Kesabaran itu pahit jika kita hanya melihat natijahnya di dunia. Tapi amat manis bila kita mula mengaitkan ia dengan akhirat. Ketahuilah, keperitan hari ini lebi bernilai demi kebahagiaan hari kemudian daripada kabahagiaan hari ini yang menyebabkan keperitan di hari perhitungan. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.

0 comments: