muhasabah

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Saya jarang-jarang sangat ambil artikel dari laman web lain untuk diletakkan di dalam blog saya ini. Bukan kerana saya tidak suka membaca tulisan orang lain, tapi kalau boleh saya ingin blog saya ini dipenuhi dengan kisah hati saya, dipenuhi dengan cerita-cerita yang lahir dari hati saya. Bukan tidak pernah tersentuh dengan tulisan orang lain, cuma saya lebih suka menulisnya menggunakan ayat sendiri, mengikut apa yang saya faham, melalui hati saya. Blog ini adalah salah satu sumber muhasabah diri bagi saya. Ini lah salah satu dari cermin hidup saya. 10 tahun akan datang, 20 tahun, blog ini lah yang saya akan simpan sebagai diari hidup saya.

Tapi hari ni, saya teringin sangat berkongsi satu artikel yang sangat menarik dan menyentuh hati bagi saya. Dan, kali ni, saya rasa saya hanya mampu copy dan paste sahaja kerana ia adalah satu CERITA. Moga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dari kisah ini.


Kemuliaan diri kita terserlah apabila kita dekat dan hampir dengan Allah SWT

Sebuah Cebisan Kisah Nyata
Oleh :
BroHamzah

Alhamdulillah, kesyukuran terus dipanjatkan kepada Allah SWT kerana masih memberi peluang dan ruang kepada kita semua pada hari ini untuk terus mengecapi kehidupan dunia dan menghirup udaranya yang segar dan nyaman.

Saya kini sedang membaca dan menghayati sebuah buku yang benar-benar menarik perhatian saya sejak mulai mendapat saranan daripada seorang teman agar membacanya. Buku kisah nyata yang ditulis oleh Dr Khalid Bin Abdul Aziz Al-Jubair, seorang doktor pakar dalam bidang pembedahan dan jantung dalam bukunya yang bertajuk : "Kesaksian seorang doctor mensucikan hati melalui kisah-kisah nyata." Pengalaman seorang doktor yang berhadapan dengan pelbagai pengalaman yang menyentuh hati dan menghidupkan jiwa agar sentiasa kembali kepada Allah SWT. Semoga salah satu kisah yang dikongsikan oleh beliau ini benar-benar menggamit perasaan dan membangkitkan ruh kita dalam mengejar keredhaan Allah SWT.

Suatu hari, ada seorang wanita yang mengalami masalah jantung yang dibawa kepada kami. Setibanya di ruang ICU , denyutan jantung wanita tersebut terhenti lalu kami melakukan terapi kejutan jantung dan dua minit kemudian wanita tersebut membuka matanya.
Ia memandang kea rah langit lalu mengangkat tangannya sambil melantunkan bacaan, "Asyhadu allah ilaha illallah wa asyahadu anna Muhammad Rasulullah" – Aku bersaksi bahawa tiada Ilah selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah. - Lalu denyutan jantungnya berhenti lagi.

Maka kami melakukan rawatan kecemasan seperti sebelumnya beberapa kali, namun kami tidak berjaya. Ternyata ajalnya telah menjemputnya, dan ia meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Semoga Allah merahmati wanita itu dan juga merahmati kita semua.

Saya keluar daripada wad ICU untuk menemui suaminya dan menyampaikan berita sedih ini kepadanya. Setelah mengucapkan ta'ziyah, saya menceritakan kejadian-kejadian aneh yang terjadi kepada isterinya sebelum meninggal dunia, lalu saya menanyakan tentang amal perbuatan Isterinya di masa hidupnya.

Lelaki tersebut berkata : "Saudara tidak perlu kehairanan dengan apa yang saudara saksikan."

Saya bertanya : "Kenapa boleh berlaku begitu wahai saudaraku?"

Lalu Dia menjawab : "Sejak aku menikahinya tiga puluh lima tahun yang lalu, ia tidak pernah meninggalkan solat malam kecuali kerana halangan syar’i."

Semoga Ia berbahagia! Ia telah banyak mengingati Allah, maka Allah SWT mengingatinya untuk membaca syahadat diakhir hayatnya, dan ia pun menutup usianya dengan syahadah.

MasyaAllah.

Peringatan buat diri, lazimilah solat Tahajjud di sepertiga malam, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

0 comments: