persediaan
Monday, July 26, 2010 by peNer0ka keTenaNgan
Salam 'alaik
Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
Hari ni 14 Sya'ban 1431. Lagi 15 hari nak sambut Ramadhan Kareem. Macam mana persiapan rohani dan jasmani? Bagi saya, saya rasa persiapan saya masih belum cukup. Kalau boleh tahun ni insya Allah saya nak masuk ke dalam bulan Ramadhan dalam keadaan hati saya bersih dari titik-titik noda hitam. Dalam keadaan hati saya tunduk sepenuhnya dengan kekuasaan Allah Rabbul 'Alamin.
Tapi sekarang, masih banyak perkara mungkar dalam hati saya. Dan yang mungkar itu banyak menyebabkan perkara ma'ruf terhalang. Risau. Macam mana ni ek? Hati ini perlu dibasuh sebersih mungkin. Kalau tak macam mana nak merasai kemanisan bulan mulia nanti. Saya taknak peluang yang Allah bagi dilepaskan begitu sahaja. Belum tentu saya sempat untuk menemui Ramadhan akan datang, yang tahun ni pun tak pasti lagi sempat ke tak. Moga Allah izin saya dan awak untuk sama-sama mengecapi keindahan bulan Ramadhan pada tahun ini.
Saya tidak sehebat sahabat-sahabat yang lain. Mereka teguh, mereka kuat. Zahirnya mereka senyap, tapi saya tahu, hati mereka dekat dengan Allah. Saya cemburu. Saya ingin jadi seperti mereka. Saya ingin hati yang dekat dengan Allah yang Maha Pencipta. Hati yang bersih dari penyakit cintakan dunia.
Tapi, setiap kali saya melangkah, seringkali sahaja saya jatuh ke dalam lubang lumpur yang sama. Setiap kali saya tersedar, saya rasa seperti mahu menyorokkan muka sebaik mungkin kerana saya malu denganNya. Nikmat yang Dia beri, saya salahgunakan. Diri terasa bodoh dan hina sekali. Namun, saya masih ulang kesilapan yang sama. Semakin saya rasa bodoh dan hina.
Saya ingin kehadapan. Saya mahu hari ini lebih baik dari semalam. Saya mahu menjadi hamba yang luar biasa. Hamba Allah yang tulen. Saya mahu dan saya ingin. Dan saya sedar, saya perlu sangat-sangat berusaha dan bergantung harap denganNya, memohon hidayah dan taufiq dari Allah yang Maha Pengasih.

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. [QS, 29:69]

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. [QS, 2:186]

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةًۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. [QS, 3:8]