cerita saya hari ini
Tuesday, July 13, 2010 by peNer0ka keTenaNgan
Salam 'alaik
Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
Hari ni saya nak buat kerja pelik sikit. Kalau awak pernah baca post saya sebelum ni, kalau awak memang kenal saya, ayat mula-mula lagi awak dah tahu apa yang pelik. Tiba-tiba teringin jadi budak baik sekejap. Jangan banyak tanya, kalau awak tanya nanti saya tak nak tulis dah mcam ni. Awak rasa saya mengada ke bila saya buat macam ni? Saya kesah apa. Bukan saya buat jahat pun.
Kenapa saya pelik hari ni? Mungkin sebab sepanjang hari ni saya rasa macam saya jumpa (baca: berkenalan) dengan manusia yang pelik-pelik. Mungkin bagi orang lain, itu adalah normal, tapi bagi saya sangat pelik. Dan kadang-kadang saya rasa semua manusia adalah pelik termasuk diri saya sendiri. Kenapa? Sebab memang tiada seorang pun kat muka bumi ni yang Allah ciptakan dia 100% sama dengan manusia lain tanpa perbezaan walaupun 0.000000000001%. TIADA. Subhanallah. Jadi, jangan rasa pelik kalau saya cakap awak ni aneh. Redha ye.
Saya pelik bila dengar cerita ada orang (baca: perempuan) terasa hati dengan perkara yang bagi saya sangatla remeh. Mereka kata, "biasala perempuan, hati tu lembut bak sutera". Habis tu, saya ni lelaki ke? Aneh. Yela (baca dengan nada pasrah ye), kami manusia yang berbeza. Berlapang dada, terima seadanya. Tapi yang mereka terasa tu dengan saya. Jadi, apa perlu saya buat? Fikir, fikir. Saya cuba untuk faham, tapi tak faham-faham juga. Macam mana ek? Ada siapa-siapa boleh tolong fahamkan saya?
Ada yang kata, saya ni hati batu (baca: besi). Keras (baca: kental dan boleh dilentur). Saya mengaku. Tapi yang anehnya, sekeras-keras hati saya, ada juga yang teringin untuk memiliki hati seperti hati saya, "saya nak hati macam Kak Asmaa' la". Hurmm, macam mana tu ye?
Saya berusaha melembutkan hati untuk lebih memahami apa yang mereka cerita perihal-perihal aneh tentang hati seorang perempuan, sedang ada yang cuba memiliki hati yang keras seperti saya. Pelik. Tak mengapa. Lumrah hidup memang begitu, saling melengkapi. Allah hadirkan awak untuk ajar saya bagaimana nak lembutkan hati dan mungkin begitu juga sebaliknya. Awak tanya saya, saya tanya awak. Alhamdulillah.
Allah izin, saya merupakan seorang yang lambat ingat dan cepat lupa terutama sekali perkara-perkara yang bagi saya "kecil punya hal la". Antara perkara yang saya susah nak ingat adalah nama orang. Bukan sebab saya rasa tak penting, tapi mungkin sebab ada-ada masa, dalam kepala dah berserabut dengan perkara-perkara yang lebih penting. Ini berlaku secara automatik ye. Bukan saya yang suruh, "ala, tak payah la ingat nama dia, bukan penting sangat pun". TIDAK SAMA SEKALI.
Ada seorang hamba Allah tu, bagi saya dia sedikit special (baca: pelik) dari yang lain. Sebab, dialah satu-satunya manusia yang pernah paksa saya untuk ingat nama dia. Pertama kali dia jumpa saya, dia bagi tau saya nama dia. Kali kedua dia jumpa saya, dia tanya saya, "Kak Asmaa' ingat tak saya?", dan paham-paham la, saya hanya mampu tersenyum dan menggeleng. Walaupun begitu, dia masih menghadiahkan senyuman untuk saya. Dia sebut lagi nama dia, siap bagi acronym lagi tu. Sungguh bersemangat. Ini yang buat saya tertarik dengan dia (You, jangan jeles-jeles).
Dan seterusnya, setiap kali dia terserempak dengan saya, dia akan ingatkan saya nama dia. Entah kali ke berapa dia ingatkan saya barula saya mampu untuk ingat. Itupun masih lagi ingat-ingat lupa. Alhamdulillah, sekarang saya mampu untuk ingat nama penuh dan ejaan nama dia. Saya sayang sahabat-sahabat saya, kerana itu saya cuba untuk ingat nama penuh dan ejaan nama mereka sekalipun lambat. Maaf sekiranya ada yang saya terlepas pandang.
Banyak sangat yang saya nak cerita. Tapi saya takut kalau tulisan saya menyakitkan hati ramai orang. Kenapa? Sebab saya ni jenis tak memahami. Ada seorang sahabat tu, bersemangat dia cerita kat saya supaya saya faham. Sampai termengah-mengah. Tapi saya tak faham-faham juga. Maafkan saya. Bila cakap pasal hati dan perasaan memang saya lambat faham. Akal saya masih belum mampu untuk capai lagi.
Saya sayang semua manusia yang hadir dalam hidup saya insya Allah kerana Allah. Sekalipun saya benci, saya hanya ingin benci dosa yang mereka lakukan. Cukuplah setakat itu. Cuba bayangkan, ada seorang hamba Allah ni join skim cepat kaya. Kita cuba nasihati dia dengan pelbagai cara. Tapi dia buat-buat tak faham atau mungkin memang tak faham-faham.
Bila tersingkap rupa sebenar skim cepat kaya tu baru la dia sedar. Dia hanya mampu menangis kesal. Kita sebagai seorang kawan, takkan la nak pi marah-marah dia, benci dia. Bukankah yang sepatutnya kita benci adalah skim cepat kaya tersebut? Dan dia seharusnya kita bantu semampu mungkin. Bukan begitukah?