sistem kawalan a.k.a. control system
Saturday, July 31, 2010 by peNer0ka keTenaNgan
Salam 'alaik
Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
Hari ni saya nak menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran. Sebab kebelakangan ni saya rasa blog saya sedikit muram, macam hidup segan mati tak mahu. Macam bosan je bila saya baca entry-entry sebelum ni. Dah la ayat macam skema je. Takpe-takpe, hari ni saya nak jadi 'sengal' sekejap. Lama dah tak buat gini.
Sejak akhir-akhir ni, selalu je kena 'sound' dengan junior kat KTD. "Akak ni, pesal tiba-tiba jadi gini ni? Pesal tiba-tiba jadi macam manja dan mengada-ngada ni?". Hehehehe. Manja? Mengada-ngada? Hahahaha. Realiti ke fantasi ni? Asmaa' manja? Macam mana ek tu? Mesti lawakkan. Tapi itu la kalau awak nak tau. Mungkin sebab saya dah terbiasa dan terselalu duduk dengan orang yang manja-manja macam awak nih, menyebabkan saya terikut-ikut jadi manja. Ish ish ish. Anyway, salah ke?
Saya jawab balik kat junior tu, "Amboi, sebelum ni awak manja-manja dengan saya, saya layan je. Takkan la baru sekali dua saya nak manja-manja, merajuk-merajuk dengan awak dah tak boleh?". Hihihihihi. Bukan nak mengungkit, saja je nak kenakan dia balik. Mula la dia buat mulut muncung, merajuk. Kihkihkih. Lawak la. Saya senyum je la, buat-buat tak paham.
Ye, ada orang kata saya dah berubah. Tapi bagi saya, saya masih dalam proses untuk berubah. Saya masih belum dapat capai 'target' perubahan yang saya mahukan. Sebelum sampai tahap stabil, biasanya saya akan terumbang-ambing dulu, mencari kesesuaian perubahan dalam kehidupan. Sepanjang saya hidup setakat ni, saya tak pernah lagi jumpa manusia yang boleh berubah terus menjadi stabil. Biasanya kita akan alami dulu situasi 'ketidakstabilan' sebelum kita betul-betul capai keadaan stabil. Bezanya cuma, lama mana 'ketidakstabilan' itu menguasai kita.
Bagi orang yang belajar elektronik seperti saya, mungkin kami boleh nampak dari segi teori melalui tajuk, Open and Closed-Loop Feedback System dalam subjek Control System. Mungkin tulisan saya yang seterusnya ni awak kurang faham sebab saya akan kaitkan dengan teori elektronik yang saya belajar. Tapi kalau awak nak terus baca sampai habis pun takpe, takde masalah. Moga-moga Allah bagi kita kefahaman dalam mendalami secebis dari ilmuNya.
Setiap peralatan elektronik yang kompleks seperti kapal terbang (kawalan terhadap tekanan udara, graviti, cuaca, gerakan sayap, dan lain-lain) memerlukan satu sistem kawalan. Terdapat 3 jenis respon bagi satu-satu sistem itu untuk mencapai tahap stabil. Ada je respon yang tak capai tahap stabil, tapi apa guna buat sistem kalau tak reti nak stabil. Grafnya macam graf sinus, naik turun, naik turun, bila nak stabilnya?
- Graf B menunjukkan over-damped system. Mengambil masa yang lama untuk mencapai tahap mantap/stabil (steady state).
- Graf D menunjukkan critically-damped system. Mencapai keadaan stabil dalam masa yang paling singkat tanpa overshooting (smooth je naik).
- Graf A menunjukkan under-damped system. Berlaku overshoots tetapi sedikit demi sedikit berkurangan dan lama-lama menjadi stabil.
- Graf C adalah respon yang terburuk. Dalam kes ini, ia sentiasa overshoots dan tak pernah stabil. Ia dipanggil undamped system atau hunting.
Keadaan perubahan yang saya alami sekarang ni mungkin seperti under-damped respond. Berlaku overshoots dalam langkah untuk saya berubah. Dan saya berharap agar saya mampu untuk stabil tidak lama lagi insya Allah, kalau tak nanti jadi macam undamped respond lak. Kena istiqomah dalam perubahan. Dan saya ingin sangat, untuk mampu berubah seperti critically-damped system, steady je naik. Tak lambat dan takde overshooting. Baru best naik lif macam tu, takde la bergegar naik turun atau lembab sangat nak sampai.
Baru saya tahu, untuk berubah pun kena belajar cara nak berubah. Kena belajar supaya perubahan kita tu tak menyusahkan orang lain dan dapat tiba ke destinasi perubahan yang betul.