rasa hati

Salam 'alaik

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Sedih. Sungguh terasa sedih. Melihat, membaca pertelingkahan sesama umat Islam, saling mengeji, saling mengkafirkan, saling menyumpah. Letih. Macam mana kita, umat Islam mahu mengalahkan tentera-tentera kafir sewaktu kita sendiri dalam keadaan berpecah-belah. Tak mengapa jika mempunyai pendapat yang berbeza, tapi kenapa perlu sampai bermusuhan? Betul-betul tak faham.

Aku tak banyak ilmu. Bila terdengar atau terbaca cerita-cerita berkenaan wahhabi atau pertelingkahan syiah dan sunni, aku hanya mampu terdiam. Sebab ilmu aku sangat-sangat cetek. Hanya mampu membuka mata dan telinga untuk membaca dan mendengar. Aku tak nak komen apa-apa, yang mana betul yang mana salah, aku tak tau. Allah dan Rasul lebih mengetahui. Cuma sedikit terkilan, bila perkataan yang digunakan seperti menadah dosa dengan tangan. Menggunakan pentas Islam, tapi kata-kata yang diutarakan tidak menggambarkan Islam.

Yang salah, memang perlu dibetulkan. Tapi, bukan dengan cara mengutuk, mengeji. Bukankah bermusyawarah itu lebih baik? Kembali semula kepada al-Quran dan as-Sunnah. Jangan kerana kita lihat kelemahan dalam diri mereka yang menyampaikan pendapat menyebabkan kita menolak pendapat mereka tanpa dipertimbangkan. Umpamanya, jangan kerana kita tengok kelemahan orang Islam menyebabkan kita membuat kesimpulan Islam itu buruk tanpa mendalami keindahan Islam yang sebenar.

Terkilan. Bukalah minda. Tengok dengan mata hati. Ketahuilah, kita akan kuat bila kita kembali kepada Allah dalam keadaan bersatu hati. Dari segi duniawi pun kita boleh tengok, kesatuan itu penting. Contohnya, FIFA baru-baru ni, Argentina dan Brazil kalah mengejut dengan German dan Belanda sedangkan kedua-dua pasukan tersebut mempunyai ramai pemain handalan seperti Kaka, Lionel Messi, Carlos Tevez, dan Robinho. Kegagalan mereka dikatakan berpunca daripada kurangnya kesatuan dalam kumpulan. Mereka lebih banyak bergantunng dengan keupayaan diri sendiri. Ambillah pertandingan ini sebagai satu pengajaran. Setiap apa yang berlaku, ada sesuatu yang Allah ingin didik kita sebenarnya. Rugi sekiranya hanya sekadar tengok untuk keseronokan dunia.

Janganlah kerana berbeza pendapat menyebabkan kita saling mengkafirkan sesama kita. Sebab tak semua benda kita tahu. Kita hanyalah insan yang kerdil, serba kekurangan. Perlunya kepada lengkap-melengkapi bukannya keji-mengeji. Maafkan diri yang kerdil ini seandainya aku salah. Jangan ambil satu sumber sahaja sebagai rujukan, sekurang-kurangnya perlu ada 2. Allah dah bagi contoh dengan adanya al-Quran dan as-Sunnah.

0 comments: